PENGENALAN
KRUNAI TIMBER SDN BHD telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 14 Oktober 2009, sebagai sebuah syarikat persendirian, pada 28 November 2012 telah menukar namanya kepada A.A.A.A. ALM Kauthar (M) SDN BHD bertempat di Ipoh, Perak. Berdaftar dengan Lembaga Perlesenan Industri Pembinaan Malaysia CIDB G4 dan 100% dan memiliki sijil taraf Bumiputera daripada Pusat Khidmat Kontraktor.
Objektif utama syarikat ini ditubuhkan adalah untuk menambah bilangan kontraktor bumiputera di Malaysia yang berdaftar dalam bidang pembinaan bangunan dan kemudahan asas disamping membantu pihak kerajaan dalam proses pembangunan masyarakat berdaya maju.
Tenaga kerja mahir, peralatan canggih dan kepakaran teknikal adalah merupakan aset utama kami dalam menentukan kejayaan syarikat dalam semua urusan dengan pihak pelanggan.
Kami sentiasa memastikan ketepatan masa, kepuasan pihak pelanggan dan mutu kerja dalam penghasilan kami. Sasaran syarikat kami ialah sentiasa memberikan saingan yang sihat, berdaya maju dan mempertingkatkan prestasi syarikat dalam merealisasikan wawasan kerajaan ke arah era 2020.
Comments
Post a Comment