Review Selama 4 Tahun Oleh Madam Mariam
Alhamdulillah, pengiklanan dan perkongsian secara tak langsung menarik minat untuk mencari rezeki bersama-sama kami. Wallahi, segala apa yang diusahakan mengikut pengalaman dan kepakaran masing-masing.
Sebelum ini, projek yang dijalankan bersama rakan-rakan Dato' Noh (ayah saya) dan 'team of member' terdiri daripada mereka juga yang ahli dalam pekerjaan yang telah disepakati bersama.
Jalur lebar bermula apabila kerja-kerja yang dilakukan mendapat sambutan daripada kepercayaan klien dalam melakukan kerja-kerja kontrak tersebut. Syarikat kami menyediakan lesen G4 (lesen saya sendiri), sesuai dengan kemampuan Syarikat.
Tertubuhnya syarikat ini adalah kerana dari legasi Dato' Noh yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kontraktor menyebabkan anaknya Puan Mariam turut mengambil bahagian untuk bekerja secara sukarela bersama dengan bantuan daripada ahli keluarga sendiri.
Bukan mudah nak mudah, bukan susah nak susah itu hanyalah pepatah kita sebagai insan biasa kerana kita umat Islam bergantung harap hanya kepadaNya.
Firman الله SWT yang membawa maksud :
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Al-Insyirah :5)
Rezeki itu milikNya, Dia Maha Kaya dan Maha Berkuasa atas setiap segala sesuatu sedangkan kita ini hanya hambaNya yang penuh kekurangan. Meski pun kita berurusan dengan mereka yang belum Islam pastinya Maha Pengasih Dia itu meliputi seluruh Alam.
Segala puji bagi الله SWT dan bersolawatlah ke atas junjungan besar kita baginda SAW selalu : 'Allahumma Sholli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa Ala Alihi Sayyidina Muhammad !'
Sekian buat masa ini kerja pejabat dilakukan oleh saya Pn.Mariam dan suami sebagai penasihat utama En.Yusuf. Anda boleh berurusan dengan kami untuk maklumat lanjut bagi cawangan kecil kami di Johor Bahru. Boleh PM tepi di messenger FB atau berhubung terus di nombor ini untuk pertanyaan lanjut : 016-5486303.
Yang Ikhlas Dari ;
Puan Mariam Dato' Noh
Nota : Petikan ini diambil semula daripada Facebook Syarikat, jika ada sebarang pertanyaan yang tidak segera boleh tulis diruang komen dan jika perlu segera boleh terus berhubung ke nombor tersebut. Sebarang urusan yang tidak berkaitan dengan Syarikat tidak akan dilayan dan Syarikat hanya akan bertanggungjawab jika mempunyai sebarang perjanjian yang telah disepakati bersama sebelum ini serta memberi manfaat kepada pihak-pihak yang berkenaan.
Comments
Post a Comment