PEMBUKAAN PERMULAAN YANG BARU DENGAN TAJDID (BETULKAN) NIAT

Alhamdulillah, syukur kpd الله SWT kerana dengan limpah kurniaNya saya masih dapat mengekalkan perniagaan ini walau pelbagai onak & duri yang harus ditempuh sebelum ini.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga saya yang banyak membantu & mana mungkin juga semangat itu datang jika tiada pergantungan yang jitu kpdNya & doa dari sahabat-sahabat perjuangan juga.

Terima kasih juga diucapkan pada zauj (suami) kerana dengan izin & sokongannya dapat saya meneruskan perjuangan yg tak pernah padam ini demi nak raih redha الله SWT & menjalankan perniagaan ini sebagai mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW.

Ada pelbagai cara marketing yang saya temui di dalam facebook ni akan tetapi saya percaya dengan cara perniagaan baginda SAW, kerana itu saya cuba mentauladani setiap aspek yg baginda SAW cuba ketengahkan dlm perniagaan.

Sollu Alan Nabiy.. 

Kata orang 'kepimpinan melalui tauladan' & bagi saya Nabi Muhammad SAW adalah Rasul kita, Rasul junjungan kita yang patut sememangnya kita contohi. Rasulullah SAW membawa dakwah & mengajar kita agar tidak mengurangkan timbangan & berlaku jujur dalam perniagaan. 

Masyaالله, pada masa kecil saya sangat kagum dengan sirah baginda. Cerita² baginda, tangan saya tak lepas membaca kisah² Nabi & para sahabat serta org² soleh. Tabarakallah, dunia ini hanya pinjaman saja & الله SWT menganugerahkan saya seorang zauj yg cintakan ilmu agama & suka perjuangan jugak.

Nikmat yang tidak terhinggakan bilamana kaum keluarga kita adalah kaum yang taat kepada suruhan الله SWT & sangat gagah dlm menegahkan hal mungkar dari berlaku di dlm keluarga kita. Siapa je yg tak nak lihat keluarganya masuk syurga sama²?

Semoga apa yg kami buat ini menjadi asbab utama dalam kami menjawab di hadapanNya di akhirat kelak apa yg telah kami sumbangkan buat masyarakat khususnya umat Islam. Kejayaan syarikat ini bukan kejayaan dari kami, tapi doa dari kalian & kerana dari itulah tak mematahkan semangat kami utk meraih redhaNya dgn cara ini.

Yang Benar² Jujur & Seikhlas Mungkin : Encik Yusuf & Puan Mariam

Wallahualam Bissawab, Barakallahu Fiqqum.

Nota : Copy & write daripada penulisan di Company Facebook

Comments

Popular Posts